top of page

Kandungan Mewah Semulajadi dalam PRO-WHITE boleh membantu anda atasi masalah kulit yang dihadapi.

Pengambilan tablet Pro-White bukan sahaja dapat membantu kamu peroleh kulit cerah dan cantik impian semua wanita malah mampu membantu meningkatkan kesihatan dalaman badan hasil kelebihan pelbagai bahan-bahan kandungannya

Bukan Untuk

Kecantikan Semata

Anchor 1

KEBAIKAN KANDUNGAN

Ekstrak Seabuckthorn

Buah ini merupakan sumber yang kaya dengan vitamin C, A, B1, B2, B6 dan E, serta beta-karotin dan bahan antioksidan. Secara tradisional, ekstrak buahnya biasanya digunakan untuk melembutkan kulit serta merawat kulit kering, ruam, sunburn dan penyakit kulit lain. Ia juga membantu merawat penyakit sendi atritis, ulser perut dan usus, gout, serta rabun malam.

Maqui beri

Ia punyai nilai ORAC (unit ukuran antioksidan dalam makanan) yang tinggi dan dipercayai berkesan dalam merawat dan mencegah kanser, merendahkan tahap kolesterol, mengekalkan tahap gula dalam darah pada amaun yang selamat dan juga mampu memperbaiki daya penglihatan.

Kolagen Peptida

Mengandungi sifat anti- penuaan yang membantu pemulihan luka di kulit dan dikenali sebagai elemen yang dapat membantu menghalang terjadinya kanser kulit.

Biji Anggur

Beri Biru

Mengandungi antioksidan yang dapat meneutralkan molekul bebas dalam sel yang boleh menyebabkan kekusaman pada kulit. Beri ini juga mengandungi vitamin C yang dapat membantu penghasilan kolagen untuk kulit lebih licin dan gebu. Selain itu, ia dapat membantu menguatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan lemak perut, mengekalkan kesihatan otak, menguatkan daya penglihatan dan menguatkan otot kardiak untuk mengelakkan penyakit jantung.

Tomato

Antara kebaikannya termasuk kebolehan menahan kerosakan DNA, mengurangkan kedut dan garis halus di muka dan memperbaik penglihatan mata. Ia juga sumber yang kaya dengan vitamin A, C, K, asid folik dan potasium. 

Stem Sel Epal

Buah epal ini kaya dengan Phytonutrien, Protin dan mempunyai sel hidup yang tahan lama. Malah ia ada sel tisu Malus PhytocellTec Domestica pada sel pokoknya. Sel tisu tersebut didapati boleh membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada Sinaran UV yang boleh merosakkan kulit . Ia mengandungi kandungan Vitamin c yang sangat tinggi dan berupaya mengalakkan pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.

Aprikot

Buah ini mengandungi zat besi, potassium, beta karotena dan serat yang sangat tinggi.

Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan zat besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh.

Vitamin C

Disapukan ke kulit atau diambil melalui pemakanan, zat organik ini terbukti berupaya mencantikkan kulit. Ini kerana ia mampu meningkatkan penghasilan kolagen, menguatkan tindak balas pertahaan kulit, mengurangkan radang kulit dan meredakan sakit kulit akibat terlebih sinaran matahari. Penggunaan vitamin C juga dapat menambahbaik hasil rawatan muka atau kulit seperti rawatan pengelupasan kulit dan microdermabrasion serta dapat meningkat keberkesanan krim sunscreen.

Terkenal dengan kemampuannya menegangkan kulit dan mengurangkan kelibat kedut-kedut dan garis halus. Ia memperkuatkan lapisan dermis kulit lalu menganjalkan kulit sementara liang-liang pori diketatkan dan kulit tampak lebih licin. Bahan ini juga membolehkan kelembapan kekal dalam kulit dan membuatkan alat solek tahan lebih lama di muka disebabkan tekstur yang lebih sekata, serta membantu menguatkan struktur rambut dan kuku.

Vitamin A

Pati vitamin ini membantu mencegah dan mengurangkan kedutan kulit serta membantu luka sembuh lebih awal. Ia juga membantu dalam proses pemutihan kulit. Antara kelebihan lain termasuk berupaya membantu menambahbaik daya penglihatan, merangsang pemulihan luka yang lebih cepat dan membantu mencegah barah.

Coenzyme Q10

Juga dikenali sebagai CoQ10, ia dihasilkan secara semulajadi dalam badan bagi membekalkan tenaga untuk pertumbuhan dan pemeliharaan cell. Ia juga antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan disebabkan mutasi sel. Selain itu, penghasilan kolagen juga ditingkatkan, membuatkan kulit kelihatan lebih muda berseri.

Blackcurrant

Buah blackcurrant mengandungi pelbagai vitamin, iaitu vitamin A, B1, B2, B3, B5, dan vitamin B6, kandungan vitamin C pada buah ini sangat tinggi, iaitu 302% nilai asupan harian per 100 gram. Selain itu blackcurrant juga mengandungi mineral kalsium, magnesium dan zat besi

Likopen

Sejenis sebatian kimia yang dapat melambatkan proses penuaan kulit dan mengekalkan penampilan muda berseri lebih lama. Ia juga dapat membantu menguatkan daya tahan kulit melawan sinaran UV serta selaran matahari, atau sunburn. Lebih utama, ia membantu melawan sakit jantung dan kencing manis dan boleh membantu mengatasi masalah kemandulan.

Vitamin B Kompleks

Terdapat 8 jenis vitamin B dalam kumpulan vitamin ini, kesemuanya terdapat dalam bahan ini yang memainkan peranan penting dari segi metabolisma sel. Antara kelebihannya termasuk boleh mempercepatkan penyembuhan luka, sintesis antibodi dan membantu membina dan menguatkan sel dan tisu kulit. Ia juga boleh membantu menguatkan daya ingatan, menambah tenaga dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Anchor 2
bottom of page