
2. Bagaimana Pro-White dapat membantu dari segi kesihatan dan kecantikan?
Pro-White mengandungi ramuan-ramuan yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan anda. Kandungan utamanya, ekstrak beri Seabuckthorn, membantu melembutkan kulit dan merawat kulit kering, sambil membantu mengelak sakit athritis, ulser perut dan gout. Buah beri maqui, beri biru, biji anggur, likopen, vitamin A dan vitamin B adalah ramuan-ramuan yang membantu menjaga kesihatan tubuh badan sementara peptida kolagen, serbuk mutiara, coenzyme Q10, vitamin C, Trimella Fuciformis, tomato dan L-Glutathione merupakan ramuan yang membantu memulih dan memperbaiki kulit dari dalam untuk tekstur kulit yang lebih licin dan bertona sekata di luar. Untuk maklumat lanjut mengenai kebaikan isi kandungan Pro-White, sila rujuk penerangan terperinci mengenai produk ini.
1. Apakah Pro-White?
Pro-White merupakan makanan tambahan dalam bentuk tablet yang diambil dua kali sehari untuk kulit lebih cerah dan sihat.


3. Siapa patut mengambil Pro-White?
Pro-White sesuai diambil wanita dan lelaki dari semua lingkungan umur yang inginkan kulit lebih licin dan anjal yang lebih cerah dan bertona sekata. Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.
4. Adakah terdapat kesan sampingan daripada pengambilan Pro-White?
Tidak terdapat kesan simpangan negatif yang diketahui hasil pengambilan Pro-White. Isi kandungannya dari sumber semulajadi ataupun merupakan bahan yang boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita.
5. Adakah Pro-White selamat diambil oleh individu dengan alahan?
Sebarang kesan alahan bergantung kepada jenis alahan anda dan tahap keseriusannya. Sila minta pendapat doktor jika anda tidak pasti tahap ketahanan anda terhadap sebarang alahan.
6. Adakah Pro-White selamat untuk wanita hamil?
Pro-White tidak mengandungi hydroquinone, iaitu ramuan untuk kebanyakan produk pemutihan kulit yang memutihkan kulit dengan segera namun berisiko kesan sampingan ke atas kandungan atau ke atas bakal ibu yang sedang merancang kehamilan. Anda disarankan untuk bertanya kepada doktor atau pakar jika hamil atau sedang berusaha untuk hamil.


7. Adakah Pro-White disahkan halal?
Ya, Pro-White telah diiktiraf dengan pensijilan halal dari JAKIM.
8. Apakah cara dan masa terbaik untuk mengambil Pro-White?
Disarankan Pro-White diambildua kali sehari, seelok-eloknya sebelum makan kerana perut kosong lebih berupaya membantu menyerap nutrisi dengan lebih baik sementara makanan lain mungkin menghalang ramuan Pro-White daripada diserap dengan baik. Bagaimanapun, disarankan mengambil Pro-White bersama atau selepas makan jika perut anda jenis sensitif. Ambil satu tablet pada waktu sarapan dan satu lagi bersama makan malam. Dapatkan hasil yang lebih memuaskan dengan memastikan anda minum air dengan cukup.

Sekotak Pro-White boleh bertahan sebulan untuk penggunaan permulaan iaitu 2 biji sehari. Bagi yang sudah ditahap penjagaan (maintenance) Pro-White akan bertahan untuk 2 bulan iaitu 1 biji sehari.
9. Adakah saya perlu mengambil Pro-White secara berterusan untuk mengekalkan perubahan pada kulit saya?
Anda tidak perlu mengambil Pro-White secara berterusan selepas mencapai perubahan positif pada kulit namun ia akan tetap terdedah kepada elemen-elemen yang boleh merosakkan kulit termasuk pancaran cahaya matahari, perubahan cuaca dan persekitaran dalam kawasan berhawa dingin yang boleh mengeringkan kulit. Oleh itu, pengambilan Pro-White secara berterusan amat digalakkan.